24 Oktober 2013 - SKFJB menempa satu sejarah lagi dengan berjaya mengungguli sebanyak 3 Anugerah sempena Karnival Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2013 di Dewan Pusat Dagangan Negeri Terengganu yang telah disempurnakan oleh YB En Ghazali B Taib, Exco Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas Khas.
Kategori
 yang menarik perhatian juri ialah Makmal ICT terbaik, Pusat Sumber 
Terbaik dan Pengurusan Pemulihan Khas Terbaik. Setiap satu anugerah 
telah menerima hadiah sebanyak RM500. Untuk rekod SKFJB telah menerima 
anugerah Makmal ICT terbaik untuk kali ke empat berturut-turut ( 2010, 
2011,2012 dan 2013 ). 
Kemenangan
 ini memberi semangat kepada warga sekolah utnk terus mengekalkan 
prestasi dan berusaha untuk meraih banyak lagi kategori untuk 
tahun-tahun akan datang. Kemenangan ini adalah merupakan kemenagan semua
 pihak terutama guru-guru dan semua warga sekolah yang tidak pernah 
mengenal erti lelah walau terpaksa banyak berkorban samada dari segi 
tenaga, metarial dan masa. Tambahan pula pihak PPD, BTPNT, JPN dan PKG 
sentiasa memberi suntikan semangat dan perangsang untuk kami membuktikan
 bahawa SKFJB boleh.
Sekalung
 penghargaan dan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan ke 
arah kejayaan ini, tanpa kerjasama dan komitmen banyak pihak kejayaan 
ini tidak mungkin menjadi realiti. Membina sebuah bangunan yang utuh 
perlu kepada semangat 'batu membatu' antara satu sama lain amat perlu. 
Jika batu tidak memegang antara satu sama lain maka sesebuah bangunan 
tidak akan terbina dengan tersergam indah. Pegangan itu perlu kukuh 
ibarat simen yang memberi kekuatan bersama adunan pepasir dan dalam masa
 yang sama  air yang lembut juga diperlukan dalam memberi sumbangan 
untuk mendapat kekuatan. Terima kasih semua.








0 comments:
Post a Comment