DUNIA IT
Dalam menghadapi dunia ledakan maklumat, dunia tanpa wayar, dunia tanpa 
sempadan, keupayaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 
dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran
 menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.
Di sekolah, Makmal Komputer adalah nadi dan agen kepada saluran 
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seluruh warga sekolah perlu mengambil
 peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang dapat diperolehi 
melalui makmal komputer. Keupayaan individu menguasai kemahiran 
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membantunya mengharungi dunia IT
 ini.
Jesteru itu pendedahan kepada alam pengkomputeran perlulah dilakukan 
pada peringkat awal lagi dengan secara terancang dan sistematik agar 
budaya pengkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan 
pembelajaran yang lebih positif.






0 comments:
Post a Comment